feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Bagaimana untuk mengetahui jika seorang lelaki itu menyukai anda!!!


Jika si dia merenung tepat-tepat ke arah anda apabila dia bertanyakan suatu soalan, ini biasanya bermakna bahawa dia sukakan anda, dan si dia cuba memberitahu anda sesuatu dengan matanya. Dia juga mungkin akan bercakap lebih lembut dengan anda berbanding dengan orang lain, untuk menunjukkan suatu perasaan yang sensitif.

Tetapi, berhati-hatilah dengan apa yang akan anda katakan padanya pada masa-masa yang tertentu. Jika si dia mengatakan sesuatu yang tidak sopan, dan anda memberi jawapan dengan mengiyakannya; tetapi sebenarnya anda sedang bergurau, si dia mungkin tidak menyedarinya, jadi pastikan anda jelas apabila memberitahu sesuatu yang penting seperti itu! Anda tidak mahu membuatkan si dia fikir bahawa anda sedang jatuh hati padanya.
Jika si dia memerhatikan anda walaupun anda sedang bercakap dengan orang lain, dia mungkin sukakan anda. Cuba fikirkan melampaui akal logik anda. Jika anda fikir bahawa si dia sedang memerhatikan anda atau jika anda fikir bahawa si dia berkelakuan terlalu baik pada anda, si dia mungkin sukakan anda. Ingat bahawa budak lelaki tidak akan bermain-main tanpa sesuatu sebab, melainkan si dia adalah seorang lelaki yang teramat ramah.
Jika seorang lelaki meletakkan tangannya pada paras pinggang anda, apabila anda sedang berjalan dengannya, ini bermakna bahawa dia akan memeluk anda. JANGAN berasa takut dan peluklah dia kembali. Rangkul kedua-dua tangan anda pada lehernya (jangan terlalu erat) dan peluklah dia dengan lembut dan ramah. Pada ketika itu, si dia akan menyedari bahawa mungkin dia memerlukan seseorang seperti anda untuk membuatkan hari-harinya bermakna.
Jika anda berasa selesa dengannya dan dia juga berasa begitu, ini mungkin bermakna bahawa dia sukakan anda ... atau ia juga mungkin membawa maksud bahawa si dia terlalu selesa dengan anda sehinggakan dia menganggap anda sama seperti mana-mana rakannya yang lain. Jika si dia berasa gemuruh berada dengan anda, ia mungkin bermaksud dia sukakan anda ATAU mungkin juga ia bermaksud bahawa si dia tidak suka berada dengan anda.
Jangan mencari sebarang alasan untuk berada hampir dengannya, kerana si dia mungkin merasakan ianya menjengkelkan dan merimaskan.
Cuba untuk jangan menjadi terlalu menjengkelkan; anda boleh menjadi lantang dan bermain-main, tetapi jika tiba di suatu tahap di mana percakapan anda menjadi terlalu lantang sehinggakan si dia menunjukkan air muka yang aneh kepada rakan-rakan anda, anda berkemungkinan akan menyebabkan si dia pergi dari situ.
Jika si dia memandang anda dan kemudiannya memandang ke tempat lain dengan cepat, kemudian tersenyum atau mukanya menjadi merah padam, maka sudah tentunya ia bermaksud si dia sedang cuba menunjukkan minat.
Mulakan perbualan dengan si dia. Budak lelaki sukakan budak perempuan yang mereka boleh berbual dengan mudah, jadi cuba jadikan diri anda menarik dan jangan lupa untuk membuat hubungan mata!



0 comments:

Post a Comment

Free Tool To Check Who Is Linking To Your Website!

This tool will analyze the density of the keywords in your given URL.

Keyword Density Checker

Enter a URL to analyze