feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Book Review : GONE WITH THE WIND

Labels:

Rhett Butler adalah seorang kekasih yang amat pandai memujuk dan merupakan seorang lelaki yang didambakan oleh setiap wanita. Beliau adalah suatu watak di dalam sebuah novel yang sarat dengan kekuatan, kebijaksanaan, dan kedinamikan yang diselitkan dengan daya tarikan beliau yang penuh misteri. Keunikan inilah yang sentiasa berjaya menawan hati setiap golongan wanita yang membaca buku tersebut. Namun begitu, beliau mungkin tidak dapat digambarkan tanpa suatu watak protagonis di dalam novel tersebut, yang juga merupakan buah hati beliau iaitu Scarlett O’ Hara. Watak Scarlett tidak menggambarkan sifat-sifat kewanitaan yang sopan, di samping suka bermegah-megah, licik dan narsisistik; mempercayai bahawa tiada sesiapapun di dalam dunia ini yang boleh dibandingkan dengan kekuatan, semangat, kelincahan dan daya tarikannya. Justeru, beliau adalah pasangan Rhett Butler yang paling sepadan.

Namun, kualiti-kualiti Scarlett inilah yang telah menjadi beberapa sebab utama di dalam kelangsungan hidupnya di dalam menghadapi pelbagai kesusahan dan kesukaran semasa golongan Yangki menyerang Amerika Selatan. Peristiwa tersebut jugalah yang telah mengubah sikapnya kepada Scarlett yang tidak mempunyai sifat belas kasihan, empati mahupun kasih sayang kepada orang lain selain daripada dirinya sendiri dan Ashley Wilkes, iaitu cinta lamanya. Scarlett menyangkakan bahawa Ashley adalah merupakan satu-satunya lelaki yang akan dicintainya. Namun, Ashley Wilkes telah berkahwin dengan sepupunya, Melanie yang merupakan seorang wanita yang benar-benar mempunyai pertimbangan dan rasa tanggungjawab; di samping bersifat penyayang, penuh belas kasihan, memahami dan juga pintar. Namun, wataknya agak berbeza dan membosankan berbanding dengan Scarlett.

Apa yang membuatkan Scarlett terlalu marah dengan Ashley adalah hakikatnya bahawa beliau telah memilih seseorang yang agak membosankan berbanding dengan dirinya yang sungguh bersemangat dan dinamik. Ia telah menjadi suatu pukulan kepada egonya…namun demikian, beliau masih yakin bahawa beliau mencintai Ashley walau apa-apapun yang telah berlaku seperti perkahwinan Ashley dan juga perkahwinannya sendiri dengan beberapa orang lelaki lain. Apa yang gagal difahaminya adalah bahawa egonya sendiri yang tidak sanggup untuk melepaskan Ashley; dan bahawa beliau benar-benar sepadan dengan Rhett Butler yang amat mencintainya sepenuh hati, walaupun Scarlett sentiasa dikelilingi oleh sifat-sifat negatifnya.

Pada suatu ketika yang tertentu, Scarlett akhirnya berkahwin juga dengan Rhett Butler, namun hanya disebabkan oleh kekayaaan lelaki itu semata-mata. Rhett amat menyedari hakikat tersebut, namun beliau langsung tidak mempedulikannya. Saat yang menjadi perubahannya muncul apabila kedua-duanya kehilangan anak perempuan mereka, Bonnie, yang terlalu disayangi oleh Rhett. Inilah satu-satunya peristiwa yang telah merubah kehidupan mereka dalam sekelip mata, di mana tiada apa yang dapat menghalang Rhett daripada meninggalkan Scarlett bersendirian bersama-sama dengan dirinya sendiri, ego dan sifat negatif yang ada pada dirinya. Walaupun pada akhirnya Scarlett menyedari juga bahawa dia amat mencintai Rhett, namun, segala-galanya telah berakhir baginya. Kata-kata terakhir Rhett pada Scarlett adalah, “Sayangku, saya sudah tidak peduli sedikitpun”. Kata-kata itu diungkapkan semasa Rhett meninggalkan Scarlett sendirian; sambil merayu-rayu dan meraung di dalam rumahnya dan apabila Rhett beredar dari situ, Scarlett berkata pada dirinya sendiri, “Saya tidak boleh memikirkannya sekarang. Jika tidak, saya akan menjadi gila. Saya akan memikirkannya esok”.

Secara ringkasnya, novel ini adalah menjadi bacaan yang wajib kepada mereka yang berminat untuk membaca suatu kisah percintaan yang luar biasa yang ditokok tambah dengan realisme dan pragmatisme secara telitinya.



0 comments:

Post a Comment

Free Tool To Check Who Is Linking To Your Website!

This tool will analyze the density of the keywords in your given URL.

Keyword Density Checker

Enter a URL to analyze