feedburner

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Book Review : Harry Potter and the Half-Blood Prince (Harry Potter Dan Putera Kacukan

Labels:

Harry Potter and the Half-Blood Prince adalah merupakan sebuah novel bersiri pengembaraan tulisan J.K. Rowling yang ke-6 yang menceritakan tentang perjalanan Harry Potter setelah 6 tahun beliau belajar di Sekolah Ilmu Sihir dan Kepintaran Hogwarts.
Kini, Harry Potter berusia 16 tahun dan bersedia menghadapi peristiwa-peristiwa baru yang akan merubah hidupnya, termasuklah kebolehan untuk mengendalikan dan mengambil kelas-kelas yang sesuai bagi suatu persediaan bagi dirinya untuk bekerja sebagai seorang Auror (suatu jawatan yang bertanggungjawab untuk mencari dan melawan sihir jahat). Dalam perjalanan, Harry serta rakan-rakannya memahami erti kedewasaan, dengan cinta monyet yang mekar di sekeliling mereka. Tetapi, bukan itu sahaja.

Setelah merealisasikan dan membina kebolehan ilmu sihirnya selama 5 tahun yang lepas, serta mengembangkan hubungan permusuhannya dengan ahli sihir jahat yang paling digeruni, Lord Voldemort – Harry, dan pengetua sekolahnya, Professor Dumbledore, sedang di dalam misi untuk memahami kisah silam Lord Voldemort – sebagai cubaan untuk menewaskannya dan pengikut-pengikutnya yang jahat (Death Eaters).
Sementara itu, Harry mensyaki bahawa Draco Malfoy, seorang pelajar pada tahun yang sama sedang bekerja dengan rapat dengan Voldemort, merancang suatu rancangan yang akan membahayakan mereka semua. Harry meluangkan banyak masa untuk menunjukkan bahawa Malfoy bersalah, walaupun kedua-dua rakan baiknya, Ron Weasley dan Hermoine Granger menentang idea tersebut.
Dalam perjalanannya, guru posyennya, Professor Slughorn dengan tidak sengaja telah memberikan Harry sebuah buku teks yang mengandungi petua-petua menghasilkan posyen dan sihir-sihir serta tangkal yang tidak pernah diketahui. Harry mendapati buku tersebut pernah dimiliki oleh seorang pelajar yang memanggil dirinya “Putera Kacukan”. Harry tidak menyedari bahawa dia sebenarnya telah bertemu dengan pelajar tersebut, dan pelajar itu juga telah menjadi sebahagian besar daripada hidup Harry.
Menerusi kaedah penyelidikan magis, Harry dan Dumbledore mendedahkan suatu teka-teki yang membongkar misteri di sebalik Lord Voldemort dan kepulangannya yang mustahil ke dunia sihir (beliau disangka telah terbunuh sekian lama dahulu semasa Harry dilahirkan). Bersama-sama, Harry dan Dumbledore melakukan suatu pengembaraan untuk mendapatkan kembali sebuah objek yang berkemungkinan dapat membantu mereka untuk menewaskan Voldemort.
Apabila kembali semula ke sekolah, mereka mendapati bahawa Death Eaters telah datang ke Hogwarts, yang membawa kepada suatu pertempuran yang besar. Beberapa kebenaran telah terungkai, dan Harry bersumpah bahawa dia akan melakukan segala-galanya untuk menewaskan Voldemort, untuk siri buku 7 yang seterusnya.






0 comments:

Post a Comment

Free Tool To Check Who Is Linking To Your Website!

This tool will analyze the density of the keywords in your given URL.

Keyword Density Checker

Enter a URL to analyze